Bentuk
- Bentuk tiga segi berlainan pecahan melambangkan perpaduan berbilang bangsa dan berbagai kedudukan, taraf hidup didalam satu kumpulan.
- Turus dibawah dan kembang diatas melambangkan ketelusan semua pihak akan membuahkan kejayaan serta menuju kekedudukan yang teratas serta dari persatuan yang kecil diperingkat bawahan kepada satu puncak kejayaan yang besar dan disegani.
- Pecahan sebelah kiri, melambangkan bahawa kelab ini juga dianggotai oleh segenab lapisan masyarakat di Negeri Sembilan serta yang berdarah Raja.
- Pecahan tengah besar, menujukkan satu organisasi yang besar serta dinaungi oleh pemimpin diperingkat negeri dan negara.
- Pecahan sebelah kanan, memeberi maksud penyatuan dari tiga pecahan bagi mewujudkan kecemerlangan serta disegani.
- Bentuk "Arial" bermaksud simbol elektronik bagi menunjukkan perhubungan komunikasi radio dua hala tanpa wayar (wireless).
Tulisan
- NES - bermaksud Negeri Sembilan dimana kelab ini beroperasi
- RAC - bermaksud Radio Amateur Club
- NEGERI SEMBILAN AMATEUR RADIO CLUB - bermaksud Nama Kelab ini seperti yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Pertubuhan.
Warna
- Merah - melambangkan semangat yang membara bagi mengujudkan persatuan yang sihat dan harmoni.
- Biru - melambangkan keharmonian, ketelusan dan keseimbangan diperingkat kepimpinan serta ahli-ahli.
- Kuning - memelihara kedaulatan undang-undang demi kejayaan yang cemerlang.