KEAHLIAN
- Permohonan hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang kemudiannya mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diterima dan diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
- Yuran tahunan bagi ahli yang baru mestilah dijelaskan dalam gandaan 3 (tiga) tahun semasa pendaftran awal. Yuran tahunan akan dikutip oleh Bendahari setiap tahun, walau bagaimanapun ahli boleh membayar yuran tahunannya secara serentak bagi jumlah 5 (lima) tahun apabila bermulanya tahun kewangan kelab yang baru.
- Ahli yang gagal membayar yuran, akan menerima peringatan dalam bentuk sms (sistem pesanan ringkas) atau Email melalui internet yang akan dihantar oleh Setiausaha atau wakilnya dan dalam waktu yang sama hilanglah hak-hak istimewanya sebagai ahli sehingga tunggakan yuran dijelaskan. Ahli-ahli juga akan dimaklumkan melalui alat perhubungan radio (Wireless) dari masa ke semasa.
- Ahli-ahli yang masih tidak menjelaskan yurannya setelah genab tiga bulan setelah bermulanya tahun kewangan Kelab yang baru, maka ia akan diberikan peringatan supaya yurannya itu dijelaskan dan jika setelah 3 (tiga) kali peringatan diberikan dan hutangnya masih tidak dijelaskan, maka akan hilang segala keistimewaannya sebagai ahli kelab sehingga ia menjelaskannya.
- Ahli yang membiarkan jumlah hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 1 (satu) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan ahli jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
- Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
- Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang tealh ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.